Resepi Overnight Oat

Assalamualaikum gaiss

Today baru diberi kerajinan untuk menulis resepi Overnight oat yang i janjikan a few months ago ahahaha . okay jom mulaa

BAHAN-BAHAN 

ROLLED OAT
FARM FRESH MILK
FRESH FRUIT
RAISINS
CHIA SEEDS

Korang boleh je beli brand apa pun tapi make sure sebelum beli check ingredients dulu pastikan 0% SUGAR Tapi i nak tunjuk lahh brand apa yang i guna 😘

ni antara barang yang i pakai dulu beli dekat Mydin kecuali chia seeds ada dekat Watson


Untuk buah pulak i suka buah Pear 😍
I dah try letak anggur , apple dll tapi tak ngam lahh . Pear paling sedap ! 

Cara-cara sediakan Overnight oat

1. Mudah je, First masukkan Oat 3 sudu makan biasa tu.

2. Masukkan Chia seed 1 sudu teh

3. Masukkan buah Pear half yang dah dipotong dadu

4. Masukkan Oat 3 sudu lagi

5. Masukkan buah pear lagi separuh yang telah dipotong dadu

6. Akhir sekali tuangkan Fresh Milk . siap !

Make sure kita perap dulu oat tadi dengan susu 4JAM then baru makan 😍 letak dalam peti lepastu makan sejuk2 auwm ! Kalau korang tak perap 4 jam nanti oat tu tak sedap la dia keras sebab dia bukan Instant oat πŸ₯°


Ni dia zaman i dok buat Oat hari2 dulu ehehe. I makan almost 2months jgak lepastu berhenti sebab dah muak yelah asyik makan benda sama kann

Oh ye kalau you malas nak buat hari2. you boleh je buat siap2 untuk 2 days. jangan buat banyak2 ye sebab dia tahan untuk 2 Days Sahaja 


Soalan :

1. Boleh ke kalau pakai instant oat? 
Tak boleh dear sebab instant oat mostly ada gula. kita taknak makan oat yang ada gula nama pun diet kan

2. Boleh tak nak tukar susu lain sebab tak suka fresh milk !
Tak boleh sebab susu lain ada gula apa lah gunanya diet tapi minum minuman bergula ? rosak diet oii

3. Makan waktu bila ni ?
Dah nama pun overnight oat hehe dulu i makan jam 5-6 petang half and then sambung half lagi jam 8 malam


Comments

Popular posts from this blog

Diet secara sihat tanpa ubat kurus!

Travel Hatyai Thailand .