Travel Hatyai Thailand .





20 July 2018

Harini i nak cerita pengalaman i pergi Hatyai Thailand. cerita agak panjang tapi i try pendekkan okay !



THE MOST IMPORTANT THINGS jangan lupa bawak buku biru korang ni πŸ˜‚ Kalau lupa alamtnya kena tinggal dekat sempadan lah haha! Korang boleh buat buku biru ni dekat Jabatan Imigresen dekat UTC yerr Rm10 je 😘  TAPI borders pass ni available untuk IC 02 je tau selain dari tu sila buat passport bernilai Rm250 kalau tak silap lahh




One thing lagi make sure owner kereta yg korang nak pergi tu ada sekali yer 😁 sebab kalau takdak proses jadi payah or tak boleh masuk eh i pun tak sureπŸ˜‚  So elakkan pergi dengan kereta Sewa. 

    Pagi tu kitaorang gerak awal pukul 5 pagi and singgah solat subuh dekat Rnr Jitra. 
lepastu sambung gerak ke Bukit Kayu Hitam! Before masuk Thailand. kitaorang singgah dekat satu tempat ni untuk proses insuran and tukar duit. Settle! 








Lepas settle urus insurance and tukar duit singgah lah boh minyak dekat petrol pump hujung Malaysia ni hehe. Minyak sana mahal oii boh siap2 bagi full








  Then masuk je dekat macam area toll tu bermakna korang dah nak masuk Thailand baii haha! kena hati2 sebab sini banyak lori and jangan silap masuk lorong lori plak ye. Masa kat situ seingat i laa ada 2 toll. 


   Dekat toll tu semua orang dalam kereta kena turun and pegang IC + borders/passport masing2. Polis thai tu akan tengok aa muka korang sama ke tak dalam tu πŸ˜‚ ok settle blahh. lepas je keluar dari toll m
 hayat no Maxis celcom digi anda 😝 
  
   Lepas keluar tu first thing korang akan nampak deretan kedai sim card banyak di sebelah kiri. berhenti!  beli satu pun cukup then buka hotspot je untuk yg lain tu jimat!  sebab internet diorang unlimited. penting kena cari sim dulu sebab nak guna maps 



   Tak silap akak i pakai sim card ni πŸ˜‚ beli 2 sim sebab kitaorang pergi 2 biji kereta. harga dalam Rm30 something agak mahal la. sim kat Malaysia ni pun belas2 je πŸ˜‚



   Lepas settle sim jangan dilupakan pulak adapter plug. Plug Thailand tak sama macam malaysia oiii haha. I beli kat area Danok jugak kedai phone 30baht. Teringat plak masa nak beli akak i tanya orang tu how much?  dia jawab 100baht kahkah nak kapak pelancong la katakan. pastu tiber ada orang Thai sebelah kami nak beli dia tanya berapa? and dia jawab Sam baht.  Kami ni ada la basic Thai sikit setakat nheng som sam tu tau la 1 2 3 πŸ˜‚ pastu akak i cakap 30 kan?  i know la sam baht is 30baht . DIA GELAK bai Hahaha sebab tu penting jgak kita kena study sebelum pi negara orang 



   First destination kitaorang pergi SAMILA BEACH.  orang kat situ memang ramai gila! penuh dengan Rakyat Malaysia πŸ˜‚ Orang Thai pun ramai. Banyak activiti kat situ antaranya ada tempat massage main layang2 dll lagi la. 



I beli air kelapa ni 50baht tak silap


Sambil tunggu akak i massage kitaorang ada la shopping baju and souvenir sikit depan tu ada la kedai tapi tak banyak 😊 Akak i massage lama gila. so i pun photoshoot laa a few pic dekat situ dengan bantuan photographer cilik i 😝



Before ada yg tanya i ambil pic guna Dslr i Nikon D3100 . and edit pakai snapceed 




  Lepastu dah penat berpantai dekat situ kitaorang terus pergi check in hotel ' TANAPHAT HOTEL ' hotel ni dekat sangat dengan Asean Night Market




Overall okay, bersih, penyambut tetamu pun fasih English. Lift pun ok. Toilet okay, aircond sejuk.  cuma tilam dia agak keras kahkah berbaloi la dengan harga Rm48 satu malam 😘 Kalau nak bercuti jimat2 boleh la dok sini. tapi jangan expect buka tingkap nampak permandangan lawa siot. Tapi an Haritu i bangun pagi dok kat beranda nampak la Tok sami dok berjalan pagi2 
huhuhu. 



   Lepas dah refresh dekat Hotel kitaorang pun keluar la mencari makanan halal. memang susah wei dari pagi tak makan nasi. dalam pukul 4 tu baru jumpa dekat Central Festival Hatyai. Kitaorang rasa susah nak cari makanan halal sebab first time pergi so tak tahu nak pergi kat mana lol hahaha




Naik tingkat atas sekali jumpa lah Food park. Banyak jugak makanan halal kat sini kena pandai2 cari. Tips mostly yg pakai tudung diorang pandai cakap Melayu so takpayah penat2 nak speaking hehe. I beli lahh nasi goreng cina ni. masin kahkah tapi disebabkan lapar teruk rasa sedap la jugak πŸ˜‚ Ouh ya dekat sini nak beli makanan korang kena pergi dekat satu kaunter ni dapatkan card Food Park and topup duit dalam tu. Masa nak bayar bagi je kat tu. If ada baki korang boleh pergi kaunter tu balik and mintak balance






   Asean Night Market. Pasar malam ni start pukul 5 petang sampai tengah malam. and make sure nak datang sini sila bawak perut kosong dan duit yang banyak ye!  πŸ˜‚ Makanan semua sedap2 dan menyelerakan. but Kena pandai cari ye sebab ada yang TAK HALAL 




   Ni antara yang korang wajib try. memey sedap la weii 😭 dia punya santan tu lain daripada kat sini. sedap! Dekat Asean Night Market ni lah tempat nak beli souvenirs baju dll. Tapi korang kena survey2 dulu sebab ada yg mahal ada yg murah. pandai2 la pusing satu pasar tu kahkah. tapi mostly baju tshirt sehelai 100baht ! Baju2 blouse pun banyak yg cantik. 
 Then balik hotel sambung makan nasi komok plak dalam hotel kahkah. lepastu tidur.. 



    21 July 2018

Pagi tu bangun awal la jugak sebab nak pergi pasar pagi dekat area hotel tu jugak tapi i lupa plak nama tempat tu em πŸ˜‚ kat situ i beli la baju tidur sepasang. Lepas balik dari pasar tu kitaorang balik hotel and check out. 






  Next destination kitaorang pergi Masjid Songkhla. Masjid ni memang sangat2 cantik. Masa kitaorang pergi diorang buat renovation tak habis lagi. Dekat bahagian bawah masjid area parking ada la 3 gerai macam tu meniaga. kitaorang singgah la makan locking. 



  Lepastu kitaorang singgah pulak FLOATING MARKET . Dekat situ bagaikan syurga makanan lah buat hampa huhu. I ada beli baju, magnet peti ais and makanan dekat situ. 


Beratur nak beli ice cream pun sempat bergambar ye

Takmau minum pun air ni nak tembikar tu je haha! 


   Habis je pusing Floating market terus naik kereta and jalan. Sampai area Danok dah petang of course perut lapar singgah dulu makan Daging Harimau menangis πŸ˜‚





  Habis makan terus gerak masuk Malaysia. Lalu kat toll tu. Korang akan dispot check. diorang akan buka bonet kereta kot2 la hampa pi sana beli mercun ka pistol ka nohh... Prosedur sama macam nak masuk Thailand tadi. Lepas je dari Tol tu terus wow!  Line internet korang dah boleh guna macam biasa hehe. 

Terima Kasih sudi baca. I share apa yang i tahu. kalau salah harap maafkan 😝  Harap sedikit sebanyak dapat tolong korang 😁

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Overnight Oat

Diet secara sihat tanpa ubat kurus!