Diet secara sihat tanpa ubat kurus!
57.9KG / 44KG |
Gambar diatas (kiri) 2018 (kanan) 2019. turun sebanyak 12.9KG . Okay jom kita start (baca dalam nada Khairulaming) π
1 : Korang kena ada semangat yg kuat. Contoh korang ambik kata2 orang yg selalu cakap korang gemok tu sebagai pembakar semangat !
2 : Cara makan
BREAKFAST : Sepanjang diet 2 bulan lebih. i langsung tak breakfast. tapi kalau lapar sangat boleh makan buah
LUNCH : i makan nasi. portion untuk nasi ialah 1 senduk setengah sehingga 2 senduk shj. thats it. Lauk ? makan je apa kau suka tapi elakkan Makanan bergoreng.
untuk pemilihan bahagian lauk pun ada caranya. Elakkan bahagian KEPAK, PAHA. sebab bahagian tu kalori sangat2 tinggi . Bahagian dada lah yg paling selamat :)
Snacking for Dinner and Evening :
Untuk dinner and minum petang. i just buat over night oat. korang boleh google untuk resepi nya. or nanti rajin i up resepinya π
I just makan over night oat tu untuk petang separuh and malam separuh. last makan jam 8 malam after that no more!
3. Pantang larang
- Jangan minum @ makan benda manis2
- Makanan bergoreng @pisang goreng dll
- Jangan snacking biskut sebab kcal tinggi
- Jangan makan roti Kecuali roti wholemeal
Exercise
Serious cakap selama 2 bulan lebih diet i tak p jog or gym pun π i diet malas2 je sis tak sangka plak boleh kurus π tapi jangan jd malas macam i at least seminggu sekali exercise la takut nanti lemak jd lembik body tak cun. i ada buat jgak a few exercise ikut youtube you boleh search nama Pamela Rf video dia semua best2. tu paling malas la kalau nak exercise π
Kalau nak CHEAT boleh tapi seminggu sekali minum or makan lah benda yg anda inginkan tu π Tapi jangan terlebih plak cukup sekadar pelepas nafsu saja haha.
Gambar kat atas ni lahh i yang dulu 2018. Dulu i pakai size M or L
Baju i yang last pakai 2015 pun dah boleh pakai balik 2019 ni π seronok tak terkata gaiss. Sekarang i pakai baju size S and XS π
Raya tahun ni dah masuk #Teamkurus HAHAHA.
Mesti ada yg tertanya2 i buat diet ni ikut siapa. so tok guru i ialah Founder Dianz. korang boleh jgak Search kat Fb #Dietcaradianz . Thanks to kak Dian!
Berat i still maintain dari bulan 3 sampai now Sept 2019 44-45 KG. Alhamdulillah .
Update :
lupa plak nak bagitau i jugak hadkan jumlah calori seharian i. Untuk perempuan hanya 1600 ke bawah sahaja. Kalau lelaki 2000 kcal sehari.
Korang nak kurus? kena la rajin contoh kalau nak makan kari ayam GOOGLE dulu jumlah kalori ayam dan kuahnya. ELAKKAN mengambil kuah yang banyak ambik just cukup nasi tak kering sangat je
So Kalau korang nak berat turun everyday please make sure makan kurang daripada 1600/2000 Kcal sehari. Kalau lebih maka berat anda akan bertambah π
Betapa gigihnya i dulu siap hafal every kalori makanan yg i makan everyday so tak payah nak google dah kalau nak makan ehekkk..
LASTLY : Beli lah Digital Scale
Tips nak timbang berat : Make sure timbang pagi lepas bangun tidur dah pee and sebelum breakfast itu adalah berat sebenar anda !
CATAT BERAT & UKUR EVERY INCH YOUR BODY :
Dulu i siap buat buku. untuk catat every weeks i akan catat perkembangan penurunan berat badan and lost inch badan i hehe. Kalau korang catat macam ni baru lah korang akan nampak betapa banyaknya korang lost inch and lost weight π€ Kalau malas nak tulis dalam buku tulis lah dalam note Handphone
Last pic Kiri 2017 kanan Dis 2019 π
masih maintain dari March 2019 π
Cara nak maintain berat
Senang je just jaga pemakanan you. Make sure makan tak melebihi 1600 kcal sehari. Tapi i tak pantang dah kuih , air manis semua tu sekarang semua sebat dah cuma biar berpada2 jangan sampai ketagih . Dulu berat i naik mendadak kes makan Cheesekut seminggu 3-4 kali kahkah nasib la sedar diri awal ehekkk
berat i sekarang 43Kg .. Kadang2 42 π walaupun musim Pkp tapi berat makin menurun haha.. harap2 tak kurus sangat laa π
Comments
Post a Comment